Tuesday, December 22, 2009

New lesson!

Kelmarin aku pergi nite stop di Labuan. Ade plak crew2 yang best kerja dengan aku. Dan salah sorang crew ni, rambut die sangat cantik. Macam mane la die twist rambut die smpi jadi cantik mcm tu? Iskh seriously nak kene belajar. Aku pun buat la muka x malu tanya kan macam mane nak buat rambut macam tu. Orang kata, nak seribu daya, x nak seribu dalih kan~

Alhamdulillah crew ni tidak kedekut ilmu die untuk ajar aku cara2 buat rambut macam die. Wah! Glamour la mak lepas nih! hihi~~~ Crew ni pun memang sangat baik dan cantik. Huhu. Can't believe her age and the fact that she is married! Haish~

So to Hana, thank you so much for the lesson ya. That's very kind of u dear. I akan cuba buat rambut tu dengan bersungguh2nya. :)

pssstttt...now dah boleh buat dah. Tapi masih fail lagi untuk gune sepit kecik2 tu. So i replace it with my hair slide. Hihhihi~

*me* ;P


Wednesday, December 16, 2009

Jamban!

Topik yang agak kutur sedikit. Tapi alaaa..x kan ko x pernah buat ape yang aku pernah buat. Berak! Pernah? Iskh kalau x pernah, aku tumpang simpati la. Sure badan ko penuh dengan hasil carigali ko. Kembang kat bontot je la kot dah bnyk sangat simpan.

Aku bukan nak cerita ape yang ade dalam jamban tempat ko berak dan kencing, atau warna hasil galian ko, or bentuk2nya macam kambing punya ka, macam lembu punya ka atau pun macam ko punya, or terapung ka tenggelam ka, cair ka, macam kapal Titanic patah ka, slow macam siput ka pengeluarannya or laju macam machine gun ka dan apa2 lagi lah...

Aku cuma nak cerita aku cukup x suka dengan bilik air hotel yang x da paip untuk ko basuh berak!

Biasanya aku jumpa hotel kalau x de paip, sink die dekat. Ada la gelas yang hang bole isi air gune untuk basuh kan. Ni ha aku tengah serabut2 sakit perut lintang pukang lari nak berak, elok2 dah melepas, pandang kiri kanan tengok2 paip x dak. Sink? Sink jauh mak ai sampai dekat 3 meter dari mangkuk jamban. Kalau tangan aku panjang x pa la jugak kan. (kot ya pun panjang x kan la smpi 3 meter ye dok..over tau!) Memang la bole guna tissue kasi lap itu area. Tapi aku memang geli bontot nak bangun dan pergi basuh dalam tempat shower memandangkan otak aku sedang memproses data yang itu area blom dicuci. Berbulu bontot aku nak bangun kot. Kalau bole dari mangkuk jamban tu aku nak berjalan gaya aku duduk atas jamban je p tempat shower. Tapi apa nak buat. Susah la pulak nak berjalan macam tu kan. Hurm....

*Bila dah terkoncoh koncoh lari nak melabur benda yang x dak nilai ni, memang x menyempat ko nak pk mana paip, mana gelas, mana sink ye dak?! Lagi2 bila ko baru sampai hotel tu, baru masuk pintu bilik kan. Jadi pengajaran kepada lain2 hotel, kasihanilah orang macam aku ni. Sediakan la paip. Kalau x nak, letak sink dekat sket. Haha*

Hitam!!!

Me : Rasa macam nak berenang la.
Dia : Nak p berenang ke?
Me : Tu la. Tapi macam malas la pulak. Nanti makin hitam kulit. Nanti awk x suke pulak..
Dia : Tu la. Sekarang pun da x suke...*sambil ketawa terkekek-kekek*
Me : ....Sampai hati!!!!!!....

*****Hitam itu menawan ok! Manis! Putih itu macam mayat. X de kaler. Bak kate orang putih, pale. Aku bangga aku hitam manis.*****

Hatiku berbunga :)

WoW!!

X sangka aku dengar benda ni lagi from a guy.

Hatiku berbunga nih!! Bunga ape ye? Mungkin ros, lily, daisy tapi BUKAN bunga tahi ayam, bunga cactus, bunga lawang atau bunga mangga ye!! Sekian..

Eh nak p mane tu? X abeh lagi nk crite nih. Menarik ni. Kene bace! :P

One fine day, ...chewah! haha. Sabaw2!. Iklan jap. Hunni. B tahu hunni pun nak bagitau b bende yang same (i hope so). Tapi maybe hunni x tahu macam mane nak letak in words. I know you have the same thoughts. Love you!

Datang seorang kenalan aku. Seorang lelaki. Macam mane aku tahu die lelaki? Adeh. Berat nk explain. Haha. Ciri2 seorang lelaki la ye. :P Secara tibe2, this particular guy told me. He said :

Guy : Aimi. I bole nampak yang you ni seorang perempuan yang penuh dengan sifat kasih sayang.
Me : Erk. Knape cakap macam tu? Ape yang saya buat nampak saya macam tu?
Guy : I x tahu macam mane nk explain to you. Tapi tu ape yang I nampak from you.
Me : Owh. Thank you. Is it good? (soalan bodoh aku la nih)
Guy : Of coz it is! You dah ade boyfren kan?
Me : Yes. I dah ade tunang. *smiling*
Guy : Untung sangat tunang you..I am sure he do love you sangat2.
Me : Haha..*smile again* Yes he does (wah! sure sungguh aku ni. Ye ke?). Knape you think that way ye?
Guy : Because i know you do love him with all your heart and he is so lucky to have you aimi. He hs never felt this kind of love before. Ask him if you don't trust me. *he smile*
Me : *just smile* (masih pelik tetapi sungguh gembira. terbayang muka DIA)
Guy : You nak tahu something about yourself aimi?
Me : pasal ape ye? Bole jugak. X salah pun dengar je kan.
Guy : Ok. Kalau you nak tahu, you ni jenis a girl yang lelaki mudah tertarik dengan cara you. If orang x kenal you, orang akan pk you ni sombong. Tapi once they know you, dieorang akan ade different thoughts on u. Positive thoughts i mean. You peramah. Baik. Senang berkawan. X pilih kasih. Suke tolong orang. And you loving. --------->Alhamdulillah sedap hati dengar
Me : ........*muka focus giler bagus punya lah. dan sambil tersenyum ok*...
Guy : Aimi. You ade ramai kawan. Orang mudah ambik you as a fren because you care for them. If orang baik dengan you, you akan baik dengan orang tu jugak. Tapi bile orang dah mula pijak kepala you, you ade certain limit dalam diri you. Dari situ you dah mula hilang sabar. Ape yang i nampak, dalam ramai2 kawan you, just a few of them yang betol2 kawan you. Maksud i, kawan yang betol2 nak berkawan dengan you dan terima you as you. You ramai anggap kawan2 you as your best frens tapi belakang you, they've been talking bad about you. (i think i know who. hmmm). Let me tell you what kind of best frens you have ok. Orang yang you anggap best frens ni, die hanya terima you time you x de ape2 dalam diri you. Nothing about you can challenge them. Meaning you ni tiada tandingan la bagi die. But once you have something in you that make peoples around you noticed you, they slowly starts to leave you. And from there they starts to talk bad things behind your back. Kawan you ni jenis yang x boleh tengok you lebih dari die. You lagi cantek ke, you lagi bijak ke, lifestyle you lagi bagus ke, you ade orang yang appreciate you ke, you ade orang yang btol2 sayang you ke. U paham kan??
Me : paham...
Guy : But...the other best frens yang you ade apart from this type yg i cakap tadi ni, those are your true bestfrens. They love you. They happy for you. They smile when you are happy and they cry when you are sad. They are your best frens you can trust aimi. *smile*
Me : *smile too*..I know who.
Guy : Lagi pasal diri you. Bagi you, you dah sedia cantik dengan ape yang you ada. Walaupun orang bagitahu you, you nampak lagi cantek if you pakai macam2 ni ke, tukar gaye macam2 ni ke, you still cakap diri you dah cukup cantik dengan ape yang you dah ade now. You x dikategorikan sebagai perempuan yang cantik, tapi bagi ramai orang kat luar sana, you ni sedap mata memandang. Dengan bentuk muka you, kulit you hitam manis, senyuman you menawan. Orang x puas pandang you bukan sebab you macam wow!! Tapi orang x puas pandang you sebab you menawan. You ade tarikan tersendiri dalam diri you. Cara you bawak diri you slumber je. You x payah jadi macam gurl2 lain nak kene catwalk, senyum plastik, ckp lemah lembut, buat prangai gedik2 pantang tengok lelaki hensem je, terus gedik cakap baik je. I tengok you x macam tu. You x layan pun. You buat hal you je. Good la you.
Me : thank you..
Guy : pasal your love story plak.
Me : dup dap dup dap je rase nak dengar. haha
Guy : haha revealing the truth huh... haha
Me : Ya!!!!

.......for you to know...if you think it is the truth......

Guy : Ok. You ni jenis a girl yang x bole dibuat gf, tapi boleh diambil sebagai isteri. Ramai lelaki yang nak ade relationship dengan you. Tapi bila dieorg kenal you, they know they can't play with your heart. Cinta you terlalu suci. You terlalu setia sampai dieorang takut nak main2 kan cinta you. You bukan jenis yang...they called it 'kinky girl'. You x pandai gedik2 gesel2 ngan lelaki just to get their attention. You bawak diri you as a girl yang sangat ikhlas. You ade limitation dari cara you bergaul dengan lelaki. Bila you sayang this one guy, you akan buat apa saja untuk this guy to show him that you love him. You dengar cakap. Kalau your bf cakap jangan buat, memang you x buat la. You jujur. Kalau bf you tanye you tengah buat ape, then you cakap you tengah tengok tv, memang you tengah tengok tv la tu. (aku crite ni sebijik2 dari mulut org nih). You x expose diri you sangat. Bila you in relationship, you terus pk the future. Tu la i cakap orang x berani nak main2 kan cinta you. Untung tunang you aimi.
Me : tersenyum hati saya dengar. huhuhu~
Guy : and now masalah you, you x rasa your tunang sayang you macam you sayang die kan??
Me : Cerita la dulu. Saya x nak komen ape2..

ok hunni. for this part, I thank you!...

Guy : I bagitahu ni just to let you know ok. Tunang you sayang sangat kat you aimi. Tapi tunang you bukan jenis lelaki yang pandai nak luahkan or tunjukkan kat you how much he loves you. He appreciates you. He accept you the way you are. He loves you. Die akan cube yang terbaik untuk tolong you bila you susah. Die akan tolong you dengan cara yang terbaik dan tu la cara die nak tunjuk dekat you how much he loves you. Cuma you je x prasan bende2 ni. Sebab bagi you, he is just giving you a helping hand. Cara you yang you nak a guy tunjuk how much they love you tu different from his. Macam i cakap tadi, your tunang x tahu macam mana nak cakap or tunjuk as the way u want it to be. Thats not his way of showing it. So aimi, percaya lah. He loves you and he loves you very very much. He trust you. He cares for you. Die rasa die beruntung dapat kenal dengan you. Die x pernah rasa this kind of love before. Die tersentuh dengan sifat you yang peramah, baik hati, penuh dengan kasih sayang and hormat die. Tapi ade satu yang you kene jaga2. Now you limit yourself to anything he don't like kan. Jangan nanti bila you dah kawin, you rasa you dah boleh buat apa saja sebab you dah kawin dengan tunang you. I hope you x macam tu.
Me : InsyaAllah x. Anyway, thank you
Guy : I ade banyak lagi bole bagitahu you kalau you nak tahu tapi kite pun dah nak sampai da ni. x sempat nak cerita semua.
Me : huhu x pe. Ni pun dah buat saya banyak terkejut dan tersentuh hati. huhuuhu~

Kami pun sambung la buat kerja masing2. Sampai la tiba di destinasi.

So kepada my best frens; Ina dan Syafa, thank you for always been there for me. Thank you for giving me your advices. Thank you for lending me your shoulder for me to cry on. Thank you for accepting me as who i am. Thank you for giving me a chance to be your fren :) *terharu me*

For those yang hanya sekadar menerima aku sebagai kawan mase aku x de ape2, dan bercakap buruk dibelakang aku hanya kerana cemburu tengok life aku yang macam ni tapi x nak say it out loud yang kau cemburu, x bole menerima diriku seadanya, thanks to you too for giving me a chance to be part of your pathetic life. What a good frens i have..

And last but not least, thank you so much to you hunni for giving me everything i have now, for letting me be part of your beautiful tremendous life, for trusting me and for loving me this much till today. Thank you!

p/s : orang kata, yang baik kite simpan, yang buruk kita buang jauh2. Memang aku akan buang jauh2 la mane2 yang buruk tu. Sekian.....

Monday, December 14, 2009

B.F.F

Nak tahu sape b.f.f. aku? Haa harini aku reveal.
B.f.f aku adalah Nursyahidah Bt. Bakar atau nama glamournya Iena!

Ye memang benar aku ade konflik2 tersendiri sepanjang perkenalan aku dan iena. Tapi itu lah lumrah hidup dan asam garam dalam perhubungan. Kalau x gadoh tu, memang gila tabik lah aku. Macam2 mane pun mesti ade sedikit sebanyak terasa hati kan. Terasa jantung x pernah lagi la dengan iena nih.

Kami mule kenal time masuk UTP tahun 2003. Time ni aku kenal iena gitu2 je sebab iena ni tgh hangat bercintan dengan salah sorang batch mate aku jugak. Tapi jodohnye x de. Aku mula rapat dengan iena time aku prektikel. Kebetulan aku satu tempat prektikel dengan iena. Meja sebelah2 lagi!!! Baru lah aku tahu betapa seronoknya ade iena sebagai kawan. Die periang. Kadang2 suke buat mulut muncung die tuh. (ade gak aku ikat muncung tu ngn riben kang). heh. Kadang2 serius. Kadang2 klako. Kadang2 jadi vampire!! Haa serba boleh iena nih. Rugi sape x kenal dengan die tau!

Mula2 aku anggap iena macam kawan biase je. Tapi lama kelamaan, aku makin serasi dengan iena. Dan akhirnya, iena lah tempat aku mengadu sedih dan berkongsi gembira ku. Iena, I love uuuuu~~~!!! Bermula lah episod best pren... :D

Jap. Lagu keroncong sedang bermain di dalam perutku. Sebelom die bertukar jadi lagu rock, bek aku isi ngn lagu2 indah jap ye. Lagipun, bibik kuda ku dah bawak balik makanan. hahaha jangan marah nok!

Fuhh Fuhh Fuhh!

Salam sume... [wah! mcm rmi je yg bace blog aku nih]. X pe la nok! Mak memang suke perasan2 nih! Hihi

Haaa agak agaknye la kan, kenapa tajuk post aku harini Fuhh Fuhh Fuhh???? Ade ape2 idea? Huh? Meneran?? Teran beranak ke teran yang dalam bilik air tu?? Iskh korang ni.. Macam mane la mak nak teran beranak nok. Tut tutt pun belom pernah. Iskh. Teran yang dalam bilik air tu maybe la kan. Heh. Tapi walau ape2 pun. Korang tetap salah!!!!! Wahahahaha~~~~

Fuhh Fuhh ni sebenarnya nak menceritakan yang aku sungguh penat mencari ape yang dicari sampai tercari2 benda yang dicari nih! Ha korang paham ke? :P

Since the day aku dapat tahu satu berita gembira yang dah lama aku tunggu2 nih, aku memang berkobar2 cube buat persiapan. Terkejar2 la panjang kata. Padahal lambat lagi pun. Saje la excited lebih.

X tahu lagi ape mak cari? Mak cari dewan la. Nak buat kawin. Haaa sape2 ade idea lagi bole la bagitau kat aku ye. Sampai harini aku ade la beberapa tempat yang aku berkenan. Tapi sume pun kene tengok pada bajet aku sendiri sebab x de sape2 yang nk tolong aku tambahkan bajet aku. Sedih jap :( .

Yang terbaru mengikut survey adalah di..eh ade lah. mane bole bagitau. X surprise la gitu kan~ Haa senyap2 sudey. Sedar2 nanti kad aku sampai. Hiihihihi. Baru la sume orang terkejut berok. Ngan berok2 skali terkejut. Ok. Nak berehat la kejap ye. Ni pun baru balik kerja. Chow chin chaaaa~

Related Posts with Thumbnails