Thursday, January 21, 2010

Testing2 aje~

Kali ni entry ku lain sikit kot. Tapi aku memang minat pun buat benda2 yang boleh buang masa aku nih. Hihi. Pelik~

Gatal sungguh tangan aku kali ni. Ajak beberapa kerat kawan2 mak aku datang umah suh ajar sket2. Buat sendiri first time ni x reti kan. Ye la. X kan la terus pandai kan.. Macam ko kecik2 dolu2 la. X kan mak kite bagi buku kite terus boleh bace kan. Siap bagi buku Twilight lagi nih. Boleh bace sampai penghargaan nih!!! Wah!! Clap clap clap!!! Last2 slap!!!! wahahaha. Mesti la kite start dengan bace A B C dulu. Pastu ade la yang pelat 'R' ngan pelat 'S' kan. haha. Sweet!!!

Jadi hasil cubaan pertama ni lah dia rupanye....... *semua bentuk lain2 ye*






Macam mane? Ok x? Haaa sape nak tempah?? Aku serius ni weih!! Aku suke benda2 nih. Hihi... *peace*

Sunday, January 17, 2010

Masa berlalu begitu cepat!

Sedar x sedar tinggal beberapa minggu je lagi aku akan diberi gelaran TUNANG ORANG.

:)

*happy*HappY*HAPPY*

Friday, January 15, 2010

Aku Dalam Bahaya!!!

Tajuk hangat sangat kan!... Kalau pasal aku, memang hangat la kan. Kali ni memang nak cerita pasal aku dalam bahaya.
Bukan bahaya kene kejar paparazzi ye!!! *over tau. bila plak kulit mak bertukar dari hitam manis jadi putih mayat ni. Britney lagi! Kellas gitu*

Bukan juga bahaya dikejar peminat2 setia ye! *sudah! Tukar jantina plak. Memang dasyat!*

Bukan juga bahaya sebab plastic surgery ye! *Mak bersyukur dengan ape yg ade. Lagi pun, ape yang ade ni pun dh lebih mantop dari bedah2 cucuk2 ni kan. Boleh??*

Dah! X payah lah nak berteke-teki. Semua tekaan anda salah harini. Sila cuba lagi lain kali!

Macam mane nak mula cerita nih. Nak tulis pun menggeletar dagu nih!!! Fuhh fuh fuhhh FUHHH!!!

Rumah sewa aku! Baru ni kat area umah sewa aku ni ade banyak kes katenye! Kate sape? Kate housemate. Aku lama dah x balik umah tu sebab sibuk dengan kerja dan family aku. So banyak la x update bila2 nya berlaku kejadian2 nih. Tapi bila aku balik je rumah tu, housemate aku pun bercerita la..Katenye

1- Haritu ade kes lelaki india kene kelar leher. Mati situ terus. Dengar2nya sebab Ah Long. Bukan Ah Seng atau Ah Bong ye! Mereka x bersalah!
2- Ade kes ragut dan tangan dikelar. Tangan gadis yang kene ragut tu ye. Bukan tangan aku or tangan housemate aku!
3- Rumah dirompak. Hilang 3 bijik laptop. Persoalan mangsa rompak; kenapa amik laptop, x amik saintifik kalkulator? *aku rasa kalau si perompak tu amik kalkulator sumpah aku cakap die bahalol. Tapi kalau si mangsa rompak yang bertanya macam ni ape komen anda? Aku pun x paham*
4- Hilang kereta Honda sebijik! *kete btol ye. Bukan yang buat main sorong2 atas lantai tu!*

Bahaya kan? Semua2 ni memang membawa aku kepada banyak masalah yang besar!! Antaranya...

1- Aku x nak la mati leher kene kelar kan. Tragis gitu! Parut die x cantik!!
2- Aku ni crew kan. Kalau dah kene kelar tangan, of coz la parutnye bertempek kat lengan tu kan. Ko ingat aku boleh kerja lagi lepas tu? Bye bye Taipei, bye bye Beijing, bye bye kapal terbang ku..Hmmm
3- Laptop aku sebijik ni je ha. Installment pun x abeh lagi bayar nih. Kalau die curi laptop aku pastu tolong sambung bayar installment aku x pe jugak kan. Ini x. Alih2 aku jugak yang kene bayar sampai habis. Berat tu bebannya.
4- Kete aku pun sebijik je. Maseh ade lagi 8 tahun nak kene bayar ye! Reason same la diatas.

Jadi ape harus aku buat??

1- Bungkus sume barang2 aku. Balut kereta, laptop, camera, tilam ngan pembalut hadiah. Siap letak riben lagi kan. *suke la perompak tu. Sure dia ingat Christmas. Angkut makin licin ade la kan*
2- Gali lubang bawah tanah dalam bilik aku pastu sumbat sume harta2 aku termasuk rambut palsu aku kat situ? *ko gila?!? ingat senang ke nak angkut kete keluar masuk dari tanah tu?! Tunggu la aku jadi Underwearwoman dulu. Kot2 dapat spesel power kan!*
3- Sorok semua barang2 aku dalam bilik aku. *bilik pun sebesar kangkang semut, aku nak sumbat kereta aku celah mane? kalau boleh sumbat pun, aku plak nak duduk mane? Barang2 siap kunci mangga bagai dalam bilik nih!. Aku duduk luar bilik. Alih2 aku yang kene angkut ngan perompak tu kan*

Hmmm memang aku dah pening dah pk2. Pk ngan x pk same je jawapannya. Sama ada pindah atau gilir2 la jadi mak guard umah. Sape nak amik feel mak guard dulu nih wei???

Thursday, January 14, 2010

Pikir sendiri. Bole???

I missed my LoveBug so much!!!

*menghitung hari mode*

Malam ni agak jiwang sedikit. Drive dari Subang ke Setapak pun rilek2 je. Tapi radio tetap pasang kuat2. Melalak dalam kereta sebagai sesi uji suara untuk next AJL.

*Over tau x sedar diri. Album pun sekeping haram x de. Bukan setakat album, lagu pun x de nih. Nak masuk AJL! Pakai album gambar la. Boleh???*

Start2 enjin je terus melalak ni. Naseb kat parking kereta tu x de orang kan. Kalau x, sure da datang kat tepi kereta mak mintak earplug kan...x sesuai lah! Jatuh standard mak gitu~ Suara mak merdu ok! Bagaikan buluh betong!

Mak baru nak cecah note paling tinggi melalak ni, tengok2 minyak kereta pulak x ado! Dengan mata terbeliak macam baru lepas nampak hantu pocong tu, mak terus diam. Membebel skit dalam hati. Apa lagi. Start kereta pegi stesen minyak la. X kan stesen radio pulak kan.

Dah sudah isi minyak tu, pegi pulak isi angin tayar. Jatuh jugak la standard kn bila nyaris2 tersungkur dekat paip air tu sebab licin katenye! Naseb baik ler sempat kaver!!! *tindakan rifleks mak maseh bagus ye nok! Pantang diuji!*

Bawak punya bawak kereta *kereta yang bawak aku sebenarnya kan*, sampai la ke rumah. Masuk2 bilik je aku terus pasang lilin wangi2 tuh~ Jiwang kan aku malam ni. Haa naseb baik x de laki. Kalau x, na'as aku kerjakan!! Memang x pergi kerja la ko esok..

*mak nari atas katil* errrr......

Monday, January 11, 2010

Lagu orang dolu-dolu

Buah jambu 3 serangkai,
Masak sebijik di tanah Jawa,
Apa ilmu si Ali pakai,
Makin dipandang makin tertawa,
Alah emak kawinkan aku,
Tahun depan menimang cucu.

*ahaks* :)

Thursday, January 7, 2010

Lawak antara kaum!!

Dalam cerita ada Mr A, Mr K, Miss dan waiter!

Satu hari di kedai steak...

(bayangan kedai runcit...eh silap kedai nih..kedai dobi! eh bukan steak ke td?? ok ummmmmm...ummmmmm kedai beskal. iskh! kedai steak la oi!)

Mr A : I order steak la for u ye..
Miss : Ok
Waiter : Medium well or well done sir
Mr A : Medium..

Lepas beberapa minit, sampai la steaknya....

Miss : Uish. Besarnya steak nih!! I x larat nak habiskan..

Mr A & Mr K terdiam lalu Mr K pun berkata..

Mr K : Miss. Ko ingat Mr A order tadi saiz steak ke?
Miss : A ah....

Mr A dan Mr K pun ape lagi..menari kuda kepang terus!!!!

Monday, January 4, 2010

Cerita Si Pengembara..

Aku baru balik dari Delhi. New Delhi la ye. Ni nak cerita pasal aku pergi Delhi la nih. Punya la aku semangat nak buat Delhi flight. Aku ala2 demam dan selsema pun aku gagahkan diri jugak untuk pergi kerja (ayat mak over tau nok!). Satu lagi reason aku pergi kerja jugak sebab aku selalu dengar mane2 flight Indian route ramai crew akan mutual, amik MC atau M.I.A je terus. Persoalannya..perlu ke uols? Kesian kat crew2 yang ada tu. Less crew. Tahu2 je la kan Indian route nih. Segala bende dalam galley tu semua die nak mintak. Kalau boleh cabut galley tu, aku bagi je terus kat dieorg letak dalam cabin. Ko nak bawak balik galley tu turun kapal letak dalam umah ko pun, dipersilakan. Senang. Ape ko nak, ko ambik. X ke senang tu uols? Bila dah less crew, terkejar2 la crew2 yang ade ni nk serve semua passenger. Hmmm

Masalah dengan indian2 ni pulak, ape je die mintak memang ko kene bagi lah. X bole lambat sikit. Kalau kat cabin EY tu memang bole rasa macam duduk dalam kuil la. Ding! Ding! Ding! Ding! x berenti2. Aku yang kerja dekat GCC ni pulak pening kepala dengar. Adoi. Rajin sungguh tekan call button tuh. Mungkin rumah dieorang x de kot bell bell nih. Sronok dengar bunyinye kan. Ko x yah nak kocak2 loceng macam dieorang duk kocak slalu tu kan. Atau mungkin dieorang ni ade persatuan tekan call button beramai2 agaknya. Sape x tekan even skali dalam kapal tu, x leh turun kapal. Owh owh owh!!! Mungkin juga sebab dieoang main BINGO dalam kapal!!!! OMG! wuteva~

Tapi semalam kira aku selamat la sebab ditempatkan kat GCC! (sebagai crew, berkerja di GCC untuk international route ni suatu kebanggaan ok! Jadi di sini mak x la bangga mane pun.. tapi bole la sket2 kan~ :P).

Pasal servis dalam kapal kan. Aku kesian kawan aku kat EY dan GCC ni. Macam aku cakap tadi la kan. Dieorang mintak macam2. Contohnya:

- crew tengah serve meal kat satu passenger ni. Vegetarian meal. As always la kan. Then die nak mintak Scotch Whisky. Scotch whisky ni memang x de la dalam cart kalau dalam EY. Kene amik order je nanti kami anta balik. Crew ni panggil la steward die untuk bawakkan minuman die ni tadi. X sempat nk mintak, crew ni dh kene marah siap cakap "i want it now!". Crew aku ni pun explain la kene tunggu kejap sebab nk kene prepare kat dalam galley belakang. Die menjerit lagi skali. Crew ni pun menyirap darah lalu terus berkata. "sir. do u think im David Copperfield i can do magic here and bring ur drinks within a puff? how i wish i can be one!". haaa hamek penangan mak tiri!!!! diam terus passenger tuh. Padan muka!

- crew tengah serve meal. Ikut pada list nama, vegetarian. Kami pun bagi la veg meal die. Dan2 time tu ngaku bukan vegetarian sebab nak makan satay ok! Boleh?? haaa ni la die ragamnya. Bila tanye, die kata "owh just now i cannot eat beef, but now i can" (sambil kepala tergeleng2). Aku gelak je.

- masuk2 kapal duduk2 panggil orang suh hang jacket die minum2 welcome drink lap2 muke ngan hot towel then terus cakap "i don't want anybody to disturb me after this. i want to sleep". legaaaaaaa crew2. Kurang sekor nak kene layan. haha. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila keluar je trolley bawak main course, die terus bangun cakap nak makan pulak. hahaha. Ni namanya penangan bau food2 from MAS. haha :P. Ni x pe lagi. Ade jugak yang jenis x nak makan. D&D katenya. Alih2 lagi 30 minit nak landing die bangun cakap nak makan main course die. Wallawei!! Aku menari dangdut la dalam galley dengan crew2 lain. hurmm...

Kepada anda2 yang terasa bace ni, aku mintak maaf. Tapi itu lah kebenarannya. Penat tau crew nak melayan kerenah sekor2. Jadi, pikir pikirkan lah..


Friday, January 1, 2010

Ternyata!

Kini sudah ternyata. Tarikh keramat ku sudah berubah! Makin dekat la plak...waaaaaaa seronoknya!

Setelah penat survey2 untuk beberapa hari, minggu dan nearly tu bulan..akhirnya aku dah pun buat tempahan. Yahooo!! Thanx alot to my mum, dad, aizat, ila and aina for supporting me. Your ideas and opinions are highly appreciated! Jadi sekarang boleh lah berehat sedikit. Bak kata mereka2 itu, bulan 5 nanti baru start busy balik ya. Persiapan rapi perlu dibuat. Maklumla, first time!

**excited.me** :D

Related Posts with Thumbnails