Tuesday, September 9, 2014

Dori masak sweet sour

Assalamualaikum.

Satu ilmu baru aku belajar dr seorang hamba Allah ni haritu. Aku bertanya mengenai cara2 menjawab salam. Dia ni menuntut ilmu dengan tok guru die lah. Maksud sini, die belajar pasal agama islam diperingkat lebih mendalam.

Cara menjawab salam :
- orang bagi 1, kite jawab 2 = Assalamualaikum, Waalaikumussalam warrahmatullah.
- orang bagi 2, kite jawab 3 = Assalamualaikum warrahmatullah, Waalaikumussalam warrahmatullah hiwabarakatuh.
- orang bagi 3, kite jawab 1 = Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Waalaikumussalam.

ok tu je nak cerita untuk harini dalam bab ni. Saje la share2 kot2 berguna untuk orang lain.

So, kat rumah ni stok yg ade adalah daging dan ikan dori. Ala yang beli paket2 kat Giant tu. Haritu dah masak daging. So suami request nak makan ikan dori. Sebenarnya kat rumah sendiri duk ngan mak dulu, tak pernah beli ikan ni. So memang tak reti nak masak ape. Yang pernah belajar ngn mak Ali is masak asam. Asal ikan dori je masak asam. Aku pun dh bosan. Yang ngoknya aku ni, tak terfikir pun nak google resepi ke apa. Padahal hari2 duk google macam2 resepi. So bila husband mintak makan ikan dori ni lagi n die kata cuba buat masak sweet sour ke google resepi. Baru la aku macam ting ting ting ting!!!!! ngeng! So aku google la. Tak ingat dh resepi sapa. Tapi ni la resepinya. Aku dah edit2 sikit2 ikut citarasa sendiri hahahaha

Ikan Dori masak sweet sour

3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 biji bawang besar (cube)
3 biji cili merah 
1 biji tomato (cube)
ikan dori
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili giling
1 sudu kecil sos tiram
sedikit sesedap rasa
tepung jagung
garam n black pepper

cara2 :
- perap kejap ikan dori dengan garam dan black pepper
- gaul dengan tepung jagung. goreng. toskan
- tumis bawang putih sampai garing.
- masukkan bawang besar, cili merah, tomato. kacau rata
- masukkan cili giling, sos2 dan sesedap rasa. kacau rata
- kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air
- biar mendidih kejap
- tuangkan balik ikan dori td ke dalam sos ni. gaul rata. Siap!!!!

haaa mudah kan. Cuba lah!






p/s : camna dah nk set auto-correct ni? lenguh dh nk type buat caps lock sendiri nih. help!!! haha


No comments:

Related Posts with Thumbnails